Hari Jumaat merupakan hari yg diwajibkan kepada umat Islam khususnya lelaki untuk menunaikan solat Jumaat. Kebiasaannya lelaki akan berselipar ke masjid. Apabila selesai menunaikan ibadah solat Jumaat, masing2 akan mula mencari selipar masing2 di tempat yang telah diletakkan. Sahabat A (sA) tercari2 dimanakah selipar yg diletakkan tadi dan selepas beberapa minit mencari, sA sedar bahawa seliparnya telah hilang. Sahabat B (sB) menegur, "A! (kononlaa nama dia A ;) ), mana selipar hang?". sA membalas kepada sB, "entahla, hilang dah rasanya. dari tadi duk cari tak jumpa2. hmm takpela :) hang bawak kan kereta mai sini ambil aku". sB juga cuba mencari selipar sahabatanya tetapi tidak jumpa.
Pada Jumaat minggu hadapannya, sB memberitahu sesuatu pada sA ketika menuju ke Masjid untuk menunaikan ibadah solat Jumaat, "AA! nanti kalau hang jumpa balik selipar hang, hang ambil la balik. Haaa!! tu selipar hang! Ambil la cepat pi bawa masuk kereta". sA membalas, "hmm takpela, aku halalkan je pada si pemilik yg baru tu". sB tak puas hati dan membalas, "kenapa mcm tu pulak?? hang seolah2 mendorong dia lagi untuk mencuri pada masa yang akan datang. Kena la ajar dia sikit".
And now you've got two choices for you to choose, which is to follow or not. If not, then you would have this kind of thought as below:
sA bermonolog dalaman, "aku halalkan je. subhanAllah, sebaik2 pengajarnya adalah Allah swt. mungkin dia bermasalah pada ketika itu tapi kita tidak tahu. boleh je nak ambil selipar tu balik tapi kang dia nak balik mcm mana takde selipar? kalau aku ambil balik selipar tu means aku membalas balik apa yg dia buat dkt aku. Nabi saw tak pernah mengajar umatnya menyusahkan org lain. kalau la niat dia sebenarnya pun nak memulangkan selipar tu pada tuannya hari jumaat ni, it's okay la :) selipar tu orang2 yg ada disekeliling masjid boleh pakai ambil wudhuk ke or apa :) mudah2an selagi orang memakai selipar tu, adalah pahala utk aku insyaAllah. Kalau la org yg ambil tu masih memakainya, mudah2an setiap langkah dia dgn selipar tu dapat dikurniakan pahala oleh Allah swt utk aku insyaAllah".
sB menanyakan soalan, "habistuu mcm la hang ada duit nak beli selipar yg baru?".
sA terkejut dan menjawab,"perrgghh mcm mana hang boleh baca isi hati aku pulak?? hmnm soal tu aku berserah pada Allah swt la :) Dia kan Maha Pemurah ;)
_________________________________________________________
We may have many choices for us to choose, but we can actually make another choice of our own wish insyaAllah :)
Happy Ramadhan ahead :) until then. Assalamualaikum wbt.


0 comments:
Post a Comment